Public Gold Mendapat Sijil Patuh Syariah

Pernah tak terfikir soalan ni?
"Public Gold ada sijil patuh Syariah tak?"
"Risaulah. Haram jika tak patuh syariah."

Kebimbangan ini sangat relevan kerana sebagai umat Islam, kepatuhan Syariah dalam setiap transaksi dan pelaburan amatlah penting. Kita bukan sahaja mahu mengumpul harta untuk dunia, tetapi juga memastikan ia boleh menjadi bekalan akhirat.

Jadi, sebelum menyimpan dengan mana-mana platform, pastikan ia disahkan patuh Syariah oleh badan yang berautoriti. Public Gold, syarikat pelaburan emas terkemuka di Malaysia telah lama diiktiraf patuh syariah oleh Amanie Advisor Sdn. Bhd., yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia.


Kronologi

Berikut adalah kronologi perjalanan Public Gold dalam memastikan transaksi emas mereka patuh Syariah.
  1. 16 Januari 2017 : Public Gold mendapat sijil patuh Syariah (Fasa 1) untuk pembelian emas melalui kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan jual balik (buy back).

  2. 8 Februari 2017 : Sijil patuh Syariah secara rasmi diumumkan dalam Syariah Certification Press Conferencedi ibu pejabat Public Gold di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

  3. 11 November 2017 : Akaun emas GAP dan akaun perak SAP turut disahkan patuh Syariah semasa Seminar Emas dan Syariah anjuran Public Gold.

Sijil Patuh Syariah Public Gold






Keratan Akhbar




Jadi, tak perlu risau atau ragu lagi. Simpanlah emas dengan tenang dan yakin bahawa setiap transaksi mematuhi prinsip Syariah.

Rosilawati Wahid
Cyberjaya
26 September 2024
22 Rabi'ulAwal1446

Post a Comment

0 Comments