Akaun Emas GAP Bukan Emas Digital

Pernah dengar tentang akaun emas GAP?

GAP adalah singkatan untuk Gold Accumulation Program.

Program ini diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan penyimpan emas menabung sedikit demi sedikit mengikut kemampuan masing-masing, dengan modal permulaan serendah RM100.



Bagaimana Akaun GAP Berfungsi?

Konsep akaun GAP ini sebenarnya sangat mudah dan hampir sama seperti akaun simpanan bank biasa. Jika dalam akaun bank, kita menyimpan wang tunai dan bank akan merekod digit wang tersebut dalam akaun kita, akaun GAP pula merekod jumlah gram emas yang kita simpan. Setiap kali kita menambah simpanan, akaun GAP akan mengira berapa gram emas yang kita beli berdasarkan harga semasa.

Contohnya, sebagai contoh harga emas pada 27/09/2024 adalah RM387 per gram dan kita menabung RM100, maka kita akan memiliki 0.2584 gram emas dalam akaun GAP. Simpanan ini akan bertambah dari semasa ke semasa mengikut jumlah yang kita tambahkan. 

Apabila jumlah gram emas dalam akaun mencukupi, kita boleh menebus emas fizikal seperti jongkong emas atau dinar. Ini memberi peluang kepada kita untuk memiliki emas fizikal tanpa perlu membeli dalam kuantiti yang besar pada satu-satu masa.

Rosilawati Wahid (PG 00074485)
Dealer Public Gold



Post a Comment

0 Comments