Bila kita bercakap tentang kemiskinan di usia tua, kita sebenarnya menyentuh realiti yang memang terjadi di dalam masyarakat. Situasi ini bukanlah hanya berlaku pada mereka yang berpendapatan rendah, malah mereka yang pernah bergaji besar pun boleh terjerat jika pengurusan kewangan tidak diberi perhatian.
Bayangkan, ketika badan masih sihat dan bertenaga, kita ada pendapatan tetap dan peluang untuk menyimpan. Tapi bila tidak digunakan sebaiknya, saat kita perlu berehat, hutang pula masih tak selesai, simpanan pula tiada. Akhirnya, ramai yang terpaksa ‘survive’ dengan cara yang menyedihkan di usia emas mereka.
3 Punca Utama Situasi Ini Berlaku
Mari kita lihat punca kenapa ramai yang berakhir dalam situasi begini:
Ilmu Kewangan yang Kurang
Tak semua orang diajar tentang pengurusan kewangan. Ramai fikir pengurusan kewangan ni hanya untuk orang berpendapatan tinggi atau yang kerja di bidang kewangan. Hakikatnya, ia adalah kemahiran hidup yang kita semua perlu ada. Tanpa ilmu yang betul, mudah untuk kita terjebak dengan gaya hidup yang membebankan.Tiada Tabung Simpanan Hari Tua
Mungkin ramai yang berasa boleh terus bekerja tanpa henti, tapi bila usia dah lanjut, bukan semua orang mampu bekerja dengan kualiti yang sama. Kenaikan kos sara hidup pula membuatkan duit yang kita rasa cukup mungkin tidak bertahan lama. Bila tiada simpanan yang cukup, ini akan menimbulkan masalah besar di usia tua.Ketagihan Berhutang
Berhutang bukanlah sesuatu yang asing, malah ada kalanya perlu. Tapi bila berhutang untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan atau sekadar mahu memenuhi gaya hidup, masalah boleh jadi lebih serius. Di usia tua, hutang terus menambah beban mereka kerana tidak diurus dari awal lagi.
Apa yang Boleh Kita Lakukan Sekarang?
Ilmu ini bukan sahaja untuk mereka yang muda sahaja, tetapi juga sesuai buat sesiapa sahaja mahu mengubah keadaan kewangan mereka tidak kira usia. Beberapa langkah berikut boleh membantu mengelakkan kita daripada mengalami kemiskinan di usia tua:
Belajar Tentang Pengurusan Kewangan
Walaupun tiada latar belakang pendidikan tinggi, sesiapa pun boleh belajar ilmu asas kewangan. Dengan banyak sumber seperti video, artikel, dan kursus dalam talian, kita boleh belajar sedikit demi sedikit. Apa yang penting adalah konsisten belajar dan aplikasikan. Jangan terlepas peluang untuk menambah ilmu ini, kerana ia adalah aset paling berharga.Simpan dan Laburkan dengan Bijak
Mula simpan walaupun dalam jumlah kecil, kerana tabiat menyimpan akan membina tabung yang lebih besar dalam jangka masa panjang. Jika ada sedikit simpanan, pertimbangkan untuk melabur secara berhemah. Pelaburan yang baik akan memberikan hasil yang boleh membantu menampung kos hidup pada masa hadapan.Cari Sumber Pendapatan Pasif
Pendapatan pasif ialah pendapatan yang kita dapat tanpa perlu bekerja secara aktif, seperti dividen daripada pelaburan atau perniagaan kecil. Dengan pendapatan pasif, kita ada pelan B sekiranya kita tidak boleh bekerja. Ini boleh menjadi sumber yang sangat membantu terutamanya di usia tua.Kawal Perbelanjaan & Hidup Bersederhana
Dalam mengejar gaya hidup, ramai yang terlupa tentang kemampuan sebenar. Menjaga perbelanjaan dan hidup dalam kemampuan adalah cara terbaik untuk elakkan hutang yang tidak perlu. Ini bukan sahaja meringankan beban kewangan tetapi juga membolehkan kita menyimpan lebih banyak untuk masa hadapan.Mohon Bantuan Jika Perlu
Ada masanya kita perlu akui kelemahan kita dan mohon bantuan. Jika situasi kewangan sudah sangat kritikal, jangan malu untuk meminta panduan kewangan daripada orang yang boleh membantu. Dengan meminta bantuan, bukan sahaja kita dapat cari solusi malah kita boleh elakkan diri daripada terus berada dalam situasi yang sama.
Kesimpulan: Jangan Tunggu Sehingga Terlambat
Kebebasan kewangan adalah satu usaha sepanjang hayat, tetapi ia bermula dari langkah kecil. Kaya, bagi mentor saya, bukanlah sekadar memiliki wang yang banyak, tetapi mempunyai kecukupan untuk teruskan hidup tanpa membebankan sesiapa, walaupun kita tiada pendapatan tetap.
Hidup yang tenang adalah hidup di mana kewangan kita berada dalam keadaan terkawal. Semoga usaha kita hari ini akan memberi kita ketenangan di hari tua tanpa risau akan hal kewangan.
Doa Saya Untuk Kita Semua,
Rosilawati Wahid
25 Oktober 2024
22 Rabi'ul Akhir 1446
0 Comments