Bukan emas yang menjadikan kita kaya, tetapi ilmu.
Dulu, Hidup Dalam Jerat Hutang
Kalau tak berhutang, sampai bila pun takkan ada harta.
Bunyi macam biasa, tapi inilah yang mempengaruhi cara fikir Tuan Albert sejak mula bekerja. Nak beli kereta? Buat full loan. Nak bayar deposit rumah? Guna pinjaman peribadi. Bahkan, beli mesin basuh pun sanggup buat loan juga.
Bayangkan, di satu syarikat pinjaman sahaja beliau ada 6 item hutang yang perlu dibayar tepat setiap bulan. Setiap kali gaji masuk, terus habis. Duit sekejap je lalu di akaun.
Titik Sedar: Emas dan Ilmu
Segalanya mula berubah apabila beliau membaca dua buku penting:
-
Misi Bebas Hutang
-
Wang Emas oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie
Dari situ, Tuan Albert sedar bahawa menabung emas adalah penyelamat kewangan, dan mula menggunakan kaedah snowball untuk langsaikan dua hutang kecil pertamanya.
Emas di Tangan, Sayang Nak Lepaskan… Tapi Bebas Hutang Lebih Bermakna
Selepas beberapa bulan menabung, emas di tangan sudah mencecah 5 dinar dan 10 gram bunga emas. Bila tengok harga emas naik, hati jadi sayang nak jual.
“Tapi saya tahu, matlamat saya lebih besar – nak BEBAS HUTANG.”
Lalu pada 16 Januari 2025, beliau jual semua emas tersebut kepada Public Gold Cawangan Kuching, dan dapat hasil jualan lebih RM12,000.
Diskaun Istimewa & Refund dari AEON
Bukan itu saja. Disebabkan beliau bayar lebih awal daripada jadual, AEON beri diskaun dan refund berjumlah RM4,200!
Ini benar-benar mengejutkan dan menggembirakan. Dengan wang lebihan tersebut, beliau ada peluang untuk selesaikan hutang lain pula selepas ini.
Ilmu adalah Aset Paling Bernilai
“Berkat ilmu dan bimbingan dari mentor serta pembacaan buku, saya berjaya ubah arah kewangan hidup saya.”
Penutup: Bebas Hutang Bermula Dengan Satu Keputusan
Kisah Tuan Albert ini mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang. Tapi bagi yang pernah terbelenggu dengan hutang, ia adalah satu kemenangan yang sangat besar.
Nak Mula Menabung Emas dengan Ilmu?
Saya sedia membantu anda secara PERCUMA.
Saya merupakan dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100 Network, di bawah bimbingan Tuan Mohd Zulkifli Shafie.
0 Comments