Looking For Anything Specific?

Header Ads

Catatan Harian | Disengat Tebuan, Tindakan Yang Perlu Diambil


Teks : Rosilawati Wahid 
Foto : Rosilawati Wahid

Diari 10/10/2023

Lepas magrib Ammar balik dari surau. Hujan lebat, basah baju dan kain yang dipakai. 

Kemudian dia keluar ke porch tanpa menyarung selipar. Tak lama dia masuk semula sambil mengadu sakit di tapak kaki ibu jari kiri. Check kaki tak nampak luka. Tapi Ammar masih juga mengadu sakit.

Sapu minyak sebab tak tahu punca.

Sedang memasak Amni datang. Ada lebah di sofa. 

Bila tengok rupanya tebuan. Dah tak mampu nak terbang. Ambil penyapu dan lepaskan tebuan di luar. 

Ammar, selepas 2 jam dia mengadu semakin rasa berdenyut. Patut bawa jumpa doktor atau tidak? Decide nak minta nasihat dari jabatan kecemasan Hospital Cyberjaya. 

Doktor kata tak ada kesan alahan atau sesak nafas tapi doktor masih nak pantau sehingga pagi esok jika ada sebarang kesan sampingan. 

Bermalamlah kami di wad pemantauan di Hospital Cyberjaya malam ni. 






Tindakan yang perlu diambil jika disengat tebuan.





Letakkan ais atau air sejuk di bahagian yang kena sengatan bagi tujuan membekukan bisa sengatan dari merebak ke bahagian lain badan.

Segera bawa ke klinik atau hospital dalam masa dua jam selepas sengatan untuk mengelak sengatan merebak ke tempat lain dan bercampur dalam salur darah.

Pastikan juga anak tidak mengalami sebarang reaksi atau alergi selepas sengatan. Antara simptom reaksi adalah seperti sesak nafas, mata bengkak, gatal-gatal badan, demam panas dan badan menjadi lemah.


Kredit :Awas dengan sengatan tebuan

Post a Comment

0 Comments