Pagi ni Sheila nak tunjukkan cara yang biasa Sheila gunakan untuk menjahit pinggang getah pada seluar atau kain baju kurung anak-anak. Sheila suka cara ni sebab mudah nak apply… Yang ni entri khas untuk kawan-kawan di GMJ Group…. dan untuk anda juga
Ni sebenarnya projek raya, Sheila menjahit seluar anak bujang.. tak nak pakai zip (sebab banyak nak kena buat), main sarung je lebih senang…
Pinggang anak ---> 26”
Saiz getah ---> 1”
Panjang getah ---> 24”
1. Lipat bahagian pinggang dengan kelebaran 1 1/2”… sematkan dengan peniti.
2. Tandakan 2 1/2” sebagai bukaan untuk memasukkan getah. Jahit sekeliling pinggang kain/seluar kecuali pada bahagian bukaan (antara dua tanda berikut).
3. Dengan menggunakan safety pin yang disemat di satu hujung, susupkan getah ke dalam casing yang telah dijahit melalui bukaan 2 1/2” tadi.
4. Susup sehingga getah bertemu kembali dan tindihkan selebar 1”. Pinkan…
5. Jahit pada sambungan di bahagian yang bertindih…
6. Setelah itu jahit bahagian bukaan tadi.
7. Akhir sekali, jahit sekali lagi di atas getah supaya kedudukan getah akan sentiasa berada di tempatnya… pastikan semasa menjahit getah perlu ditegangkan… Sheila menggunakan jahitan zigzag, tapi boleh juga menggunakan jahit lurus biasa.
Tadaaa… inilah hasilnya…
p/s : Saya budak baru belajar… menjahit sekadar suka-suka. Kalau ada tukang-tukang jahit pro yang membaca tutorial ni (ada ke Sheila oii?), sorry ye… teknik Sheila ni mungkin boleh kata teknik sesuka hati je ni…
8 Comments
wawa...lagi details... cun sangat! erm, adakah tema raya tahun ini adalah kelabu?? sama la pulak kite...
ReplyDeletebest....i follow....;) tyha
ReplyDeleteNi jahit orang 'rajin' ni...
ReplyDeleteFizan - Ya, itulah tema raya tahun ni.. hasil belian kain tahun lepas (setahun juga memeram kain)
Suka jahit guna cara kt epal...tambah kepingan kain...hehe..tp kalo baju anak2, buat gini je :)
ReplyDeleteYa... untuk anak-anak mmg guna cara ni, tapi kalau untuk yg kita mak-mak ni nak kena proper sikit kan...
ReplyDeleteIQA NAK COPY GAK TUTORIAL NI BOLE..NAK BUAT KOOLEKSI..ADA MASA NAK TRY.. :) FOLLOW IQQA..JGN LUPA.. MCM² ADA.. :)
ReplyDeleteTq...nampak cam senang jer...
ReplyDeletenak tanye, getah pinggang ni nama apaa erk?
ReplyDelete