Resepi Kuih Limas

Resepi Kuih Limas

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : 
Rosilawati Wahid 



Dulu pernah belajar dengan arwah mak cara membuat kelonsong dari daun pisang. Mak memang rajin masak untuk keluarga kecil kami. Saya sebagai anak sulung dan tunggal perempuan banyak mendapat ilmu secara langsung daripada arwah emak dan bapak.





Hari ini terimbau kenangan bersama arwah emak. Teringin nak makan kuih limas untuk iftar. Resepi arwah emak tak ada, jadi saya menggunakan Google dan mencuba resepi dari blog Aniza Little Kitchen.



Resepi olahan : Aniza little kitchen

Bahan A
Lapisan bawah
Diblend dan ditapis
1 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan jus pandan
3 sudu besar gula
Bahan B
Lapisan atas
Di blend dan ditapis
3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam

Bahan C
Sampan daun pisang secukupnya
Gula pasir secukupnya

Masukkan 1 sudu besar gula kedalam acuan sampan daun pisang
(Kami letakkan 1/2 sudu besar aje)
Tuangkan bahan A anggaran 3/4 penuh kedalam acuan
Kukuskan anggaran 12 minit
Angkat dan sendengkan sikit, kalau ada air diatasnya
Masukkan pula bahan B hingga memenuhi acuan
Kukus lagi anggaran 10 minit
Sejukkan dan sedia dihidangkan

Saya ikut sukatan yang diberikan. 

Perbezaan kuih limas dan tepung pelita.

Mungkin ramai yang biasa dengan nama tepung pelita berbanding dengan kuih limas. Beza antara keduanya hanyalah pada penggunaan tepung.

Tepung pelita --> tepung beras
Kuih limas --> tepung gandum

Cara membuatnya adalah lebih kurang sama sahaja antara keduanya.

0 comment... add one now