Entri 13 : Seni Jahitan ‘Cathedral Window’
Teks : Rosilawati WahidFoto : Rosilawati Wahid
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat yang dihormati. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah hendaknya.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang projek tampal-cantum ('patchwork') pertama yang saya pernah dijahit. 'Cathedral Window' nama jahitannya.
Pelajar di kelas KEMAS terdiri daripada orang-orang yang lebih dewasa. Pada masa tersebut rasanya saya seorang sahaja yang berumur belasan tahun. Bayangkanlah perasaan pada masa itu. Timbul juga perasaan bosan, tetapi saya teruskan juga pembelajaran di sini sehingga selesai.
Macam-macam yang dipelajari waktu itu, antaranya baju kurung, baju kurung moden, baju melayu, sulam tangan, patchwork, baju kurung kedah dan lain-lain seni jahitan. Pendek kata, pada usia 17 tahun saya sudah boleh menjahit baju kurung sendiri. Seronok.
Buat pengetahuan semua, sarung kusyen ‘Cathedral Window’ yang pertama menggunakan teknik Chathedral Window masih elok sehingga kini.
Buat pengetahuan semua, sarung kusyen ‘Cathedral Window’ yang pertama menggunakan teknik Chathedral Window masih elok sehingga kini.
Dengan menggunakan teknik yang sama, kita boleh menghasilkan pelbagai projek jahitan yang boleh dihasilkan seperti contoh berikut.
Sekarang anak-anak juga telah didedahkan dengan seni jahitan. Ianyanya kemahiran yang perlu ada bagi setiap perempuan khususnya dan tidak rugi jika anak lelaki juga mempelajari ilmu jahitan ini. Sekurang-kurang boleh menjahit sendiri pakaian yang terkoyak itu satu kelebihan.
Semoga bermanfaat.
Salam hormat daripada,
Usahawan Online,
Rosilawati Wahid.
Salam hormat daripada,
Usahawan Online,
Rosilawati Wahid.
0 Comments