Tip Membuat Roti Di Waktu Malam

Entri 8 - Tip Membuat Roti Di Malam Hari

Teks : Rosilawati Wahid
Foto :

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semasa entri ini ditulis, saya baharu sahaja selesai menguli roti untuk sarapan anak-anak dan suami esok hari. Alhamdulillah, ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan buat keluarga tersayang.

Dengan 500 gram tepung dapat menghasilkan 10 biji roti sosej silang, 11 biji roti bunga kacang dan 3 biji roti siput kacang. Jumlah kesemuanya 24 biji roti. Kalau beli harganya sekitar RM36.00. Boleh jimat banyak sangat.

Roti sosej silang

Roti bunga kacang


Cabaran membuat roti di waktu malam adalah suhu lebih rendah berbanding siang. Bila suhu rendah makanya roti mengambil masa yang lebih panjang untuk naik. Makanya harus bersabar.

Pada kebiasaannya roti akan mengambil masa 30 minit - 45 minit untuk mencapai saiz dua kali ganda, pada waktu malam masanya mungkin akan mencecah sehingga 60 minit atau lebih.

Tip supaya roti cepat kembang di waktu malam adalah pasangkan lampu di dalam oven dan masukkan roti ke dalamnya. Kebiasaannya roti akan lebih cepat mengembang dibandingkan jika sekiranya ianya dibiarkan pada suhu bilik.

Sambil-sambil menantikan roti masak, sambil-sambil kemaskini blog dan dapatlah juga membaca dalam keadaan tenang. Mata pun belum mengantuk lagi.

Manfaatkan setiap waktu yang ada. 

Salam ceria,

Usahawan online,
Rosilawati Wahid

Post a Comment

0 Comments