Kedai Bantal Kekabu Di Puchong


Entri #20 : Kedai Bantal Kekabu Di Puchong

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, hari Sabtu tanggal 6/6/2015 dapat singgah di kedai kekabu di Puchong untuk membeli bantal kekabu. Lokasinyaa selepas tol Puchong Barat menghala ke USJ ada lorong kecil di sebelah kiri. Beberapa meter sahaja dari lebuhraya jaraknya. 

Setelah sekian lama berhajat untuk singgah di kedai ini, akhirnya tercapai jua.

Akak lebih selesa tidur berbantalkan kekabu jika dibandingkan dengan bantal foam atau span. Sebab sudah biasa dengan tilam dan bantal kekabu semenjak dari kecil lagi.

Kedai bantal kekabu ini beroperasi setiap hari dari pagi sehingga sekitar jam 8.00 malam. Maaf tiada nombor telefon untuk dihubungi dan juga tiada tanda nama kedai.

Pelbagai barangan berasaskan kekabu dijual di sini antaranya set tilam bayi, bantal kepala pelbagai saiz, tilam bujang dan bantal panjang pun ada dijual.

Selain daripada itu kalau inginkan kekabu sahaja juga ada dijual pada harga RM18.00 sekilo.

Singgah bukan sekadar singgah, alang-alang singgah, akak beli 3 biji bantal kepala saiz L. Harga yang dipamerkan adalah RM22.00 sebiji, Akak beli 3 biji. Selepas sesi tawar menawar dapatlah pada harga RM55 untuk 3 biji bantal. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki tuan kedai.

Mata berkenan sungguhlah dengan tilam kekabu yang berdiri megah berwarna merah dan hijau dalam gambar ini. Bila tanya harga, ianya mencecah RM400.00 untuk satu. Pastinya kena buka tabunglah kalau nak beli tilam tersebut. 

Semoga bermanfaat buat semua. Hingga jumpa lagi.

Rosilawati Wahid,
0123013341

Post a Comment

0 Comments