Tutorial Jahitan Teknik Paper Piecing


Entri #21 : Tutorial Jahitan Teknik Paper Piecing


Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini Yong nak kongsikan tutorial cara menjahit sulam tampal teknik 'paper foundation' iaitu salah satu teknik popular dalam seni jahitan tampal cantum. Adakalanya teknik ini dipanggil 'paper piecing'. Dengan teknik ini, kain perca akan dijahit mengikut turutan nombor yang terdapat di atas  foundation corak asas sementara/tetap seperti kertas, kertas gam atau kertas tear off.

Di sini Yong menggunakan corak bunga tulip sebagai contoh. Untuk contoh-contoh lain boleh le menggunakan khidmat En Google untuk mencari pattern-pattern yang berkenan di hati seperti yang ini
Fabrik yang dgunakan


Foundation yang telah siap dilukis beserta dengan nombor-nombor bagi setiap kotak

Langkah 1 : 
Di petak bernombor '1' letakkan kain yang sepatutnya dengan bahagian luar menghala ke atas


Langkah 2 :
Tindihkan kain untuk petak bernombor '2' di atas kain yang pertama tadi


Langkah 3 :
Pandangan dari bahagian belakang foundation... sematkan dengan peniti kedua-dua kain tadi. Pastikan basi jahitan dari tepi garisan adalah 1/4".


Langkah 4 :
Dengan menggunakan jarak jahitan 2, tindihkan kedua-dua kain tadi mengikut garisan yang telah dilukis


Langkah 5 :
Selepas dijahit, potong lebihan kain, tinggalkan 1/4" sahaja.


Langkah 6 :
Bahagian atas foundation, gosok bahagian sambungan supaya rata menggunakan finger presser/seterika.


Langkah 7 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '3'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1' & '2' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.


Langkah 8 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '4'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1', '2' & '3' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.


Langkah 9 :
Bahagian atas foundation, gosok bahagian sambungan supaya rata menggunakan finger presser/seterika.

 
Langkah 10 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '5'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1', '2', '3' & '4' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.


Langkah 11 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '6'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian-bahagian yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.

 
Langkah 12 :
Selepas dijahit, potong lebihan kain, tinggalkan basi jahitan 1/4" sahaja.




Hasil setelah semua fabrik dicantum.


Ulang langkah-langkah yang sama bagi menyiapkan setiap bahagian bertanda sehingga semuanya selesai. Pelbagai produk boleh dihasilkan melalui teknik ini antaranya seperti sarung bantal, hiasan dinding, cadar atau dibingkaikan sahaja.
Semoga bermanfaat.

Salam hormat dan salam sayang buat semua.

Rosilawati Wahid
0123013341


Post a Comment

0 Comments