Resepi Rendang Pedas 10 Minit

Resepi Rendang Pedas 10 Minit


Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini yong kongsikan resepi senang dan cepat zaman berzaman. Rasanya rendang pedas ni popular di Perak, tempat lain mungkin sama tapi diberi nama lain.

Sebagai emak yang bekerja dari rumah, pengurusan masa sangat penting, masak pun yang cepat sahaja. Yong suka masak rendang pedas ini sebab senang. Semua bahan masuk sekali kemudian masak sehingga pecah minyak. 

Bila ada periuk tekanan Noxxa, lagi memudahkan kerja. Tetapkan masa memasak dan boleh tinggal buat kerja lain sementara tunggu rendang kita masak.

Makan dengan nasi panas pun sedap, dengan pulut kuning pun boleh juga.


Selain daripada menggunakan ayam, boleh juga menggunakan ikan tongkol atau daging. Buat rendang kerang campur kacang buncis pun sedap juga.

IMG_20150812_024947

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
2 labu bawang besar }
1 inci halia                      } ditumbuk
3 batang serai               }
2 helai daun kunyit - dihiris
2 sudu besar cili blend
1 sudu teh serbuk kunyit
Santan kelapa
Kerisik (optional)
Garam

CARA MEMASAK

  • Mode : High Pressure 10 minit
    - Masukkan semua bahan di atas dalam periuk tekanan Noxxa
    - tetapan high pressure 10 minit
    - Offkan tetapan high pressure selepas bunyi "beep"
  • Mode : Stir fry
    - pusingkan tombol ke arah steam dan biarkan tekanan keluar
    - setkan pada tetapan stir fry untuk mengeringkan kuah
    - masukkan garam
Sedia untuk dihidang, selamat mencuba.
Call/whatapps/sms: 012 3013341
Email : rosilawati.wahid@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/sheilawahid

Post a Comment

0 Comments