Entri 28 : Memantau Perkembangan Bayi Di Rumah
Teks : Rosilawati WahidFoto : Rosilawati Wahid
Di peringkat awal kelahiran bayi ke dunia penjagaan rapi perlu diberikan kepada mereka kerana mereka dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan berbeza.
Mereka juga amat mudah terdedah kepada kuman yang terdapat di persekitaran.
Untuk memudahkan pemantauan kesihatan bayi di peringkat awal selepas kelahiran, biasanya jururawat klinik desa akan membuat lawatan dari rumah ke rumah sebaik sahaja kita keluar wad.
Caranya mudah sahaja, selepas bersalin hubungi klinik kesihatan desa yang terdekat dan laporkan tentang kelahiran bayi. Butiran ringkas seperti nama, alamat, tarikh bersalin,tarikh keluar hospital, ukur lilit kepala serta panjang bayi perlu dinyatakan. Semua maklumat tersebut terdapat di dalam buku rekod kelahiran bayi, boleh rujuk di situ.
Perkembangan Muaz pada hari ke 20 (28/07/2015)
Seperti biasa jururawat desa akan datang ke rumah 10 kali dalam tempoh kita berpantang. Mereka ini sememangnya sangat berdedikasi sebab jururawat ini akan melawat ibu-ibu yang baru lepas bersalin bagi memastikan keadaan ibu dan bayi sihat di peringkat awal kelahiran. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Jururawat desa yang datang melawat dari rumah ke rumah ni akan membawa bersama buku rekod setiap bayi yang dilawat, alat menguji tekanan darah ibu serta penimbang manual.
Anak syurga sudah masuk ke usia 25 hari (02/08/2015). Semoga menjadi anak soleh menyejuk hati mama dan papa.
0 Comments