Ekspo Selangkah Ke UiTM
Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid/Selangkah ke UiTM
Keputusan SPM telah diumumkan dan kini sibuk pula dengan urusan permohonan ke IPTA dan IPTS.
Teringat semasa zaman memohon melanjutkan pelajaran pada tahun 1993, urusannya juga begini tapi jauh berbeza dengan zaman ini yang maklumat semuanya di hujung jari. Dahulu iklan universiti diperolehi melalui surat khabar sahaja.
Teringat semasa zaman memohon melanjutkan pelajaran pada tahun 1993, urusannya juga begini tapi jauh berbeza dengan zaman ini yang maklumat semuanya di hujung jari. Dahulu iklan universiti diperolehi melalui surat khabar sahaja.
Berbalik kepada cerita Ekspo Selangkah ke UiTM, taklimat dijalankan pada 12 dan 13 Mac. 12 haribulan Adini masih di Melaka, jadi masih sempat untuk hadir pada 13 haribulan.
Matlamat hari tersebut Adini hendak mendengar taklimat dari fakulti sukan dan rekreasi serta dari fakulti filem teater dan animasi. Ikutkan sahaja. Pertama kali untuk dia dan pertama kali untuk kami sebagai ibubapa. Sampai rasa saya yang lebih teruja.
Pameran dan taklimat diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor. Hebat sungguh rasanya berada di sini. Bayangkan bila menerima skroll di dewan ini, mesti rasa bangga dan hebat.
Ini ketika sedang menunggu untuk taklimat dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Kami pergi berempat, Amin tolong tengokkan adik-adik yang lain di rumah. Muaz Alhamdulillah baik dan tak banyak ragamnya, sempat lena masa mendengar taklimat.
Teringat ketika zaman belajar dahulu, kali ini giliran anak-anak pula untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.
Panorama di dalam Dewan Agung Tuanku Canselor. Mempunyai dua aras tempat duduk yang selesa serta berhawa dingin.
Adini sudah selesai menghantar borang UPU dan pilihan utama adalah Diploma Sains Sukan. Jika terpilih akan ada temuduga yang perlu dihadiri. Sekarang tunggu keputusan, ada kira-kira 2 bulan sebelum melangkah ke dunia universiti.
0 Comments