Looking For Anything Specific?

Header Ads

Rumahku Syurgaku

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Instagram alvisepti


Rumahku syurgaku. Mencari ilham dekorasi rumah. Cari di IG banyak dekorasi rumah yang cantik-cantik dari negara jiran. Antaranya konsep hiasan daripada Alvisepti. Konsep minimalis. Hiasan ringkas namun nampak cantik sangat. Kena kurangkan barang-barang dalam rumah. Hanya yang perlu sahaja. 12 tahun dok mengumpul barang, ada yang sudah tiba masanya untuk dikeluarkan.

Selain daripada instagram, akak juga menyertai group facebook antaranya Deco Ikea dan Kaison. Kumpulan ini juga banyak berkongsi idea dan tips dalam dekorasi dalam rumah.

Perlu difikirkan konsep dan warna untuk bilik anak-anak. Sekarang bilik anak perempuan warna biru, nanti akan ditukarkan kepada warna cerah. Antara cat dan wallpaper? Ada yang kata wallpaper lebih murah dan lebih mudah untuk dipasang.

Cuba untuk menghias rumah tanpa berbelanja besar. Buat berdikit-dikit. 2017 nanti kita raya bulan Jun, harap sempat disiap sebelum itu. Kemas rumah bukan tujuan untuk sambut raya, tapi untuk tinggal dengan selesa.

Ada yang sudi berkongsi susunatur dalam rumah? Dialu-alukan ya.

Post a Comment

0 Comments