Bekerja Makan Gaji vs Bekerja Sendiri

Bismillah.

Isu ni hangat jika diperdebatkan. Tapi bagi saya, bercakap melalui pengalaman saya melalui kedua-dua fasa tersebut. Bukan untuk diperdebatkan mana yang terbaik, tetapi lebih kepada melihatkan pro dan kontra setiap situasi serta cabaran yang mungkin akan dihadapi.


Februari ni bulan terakhir saya bekerja di STS. Kontrak kerja saya tidak lagi disambung kerana pada tahun 2019 pertumbuhan ekonomi sangat perlahan. Projek baru juga sangat kurang. Bagi mengurangi kos overhead, majikan terpaksa menamatkan kontrak.

Yakin dan percaya rezeki Allah itu sangat luas sehingga tidak mampu dihitung oleh manusia. Saya kembali menjadi surirumah sepenuh masa. Kembali menguruskan rumah dan anak-anak. 

Bolehlah saya menyusun kembali jadual kerja di rumah. Nampak macam kerja di rumah boleh dilakukan dengan santai, namun jika tidak diatur dengan baik boleh jadi runsing. Penting untuk dirancang dulu pekerjaan dan jadual perjalanan seharian.

PRO & KONTRA BEKERJA MAKAN GAJI

Pro
- Pendapatan tetap bulanan
- Simpanan KWSP bertambah 
- Perlindungan Insurans
- Rawatan perubatan

Kontra 
- Terikat dengan peraturan syarikat
- Cuti selalu majikan tak suka
- Terpaksa menempuh kesesakan lalulintas di tempat kerja
- Tiada fleksibel masa
- Masa dengan anak-anak dan rumah kurang

Jika bekerja sendiri adalah kontra daripada bekerja makan gaji.

Tetapi harus diingat, bekerja sendiri kena kuat fizikal dan mental. Kita akan tertekan jika tiada pendapatan tetap bulanan sedangkan masih banyak hutang yang perlu dilunaskan. Kena direncana tindakan yang akan dilakukan jika menghadapi situasi demikian.

Bila bekerja sendiri di rumah, susah untuk pisahkan kerja rumah dan kerja untuk menjana pendapatan. Sekejap teringat kain belum disidai. Nanti nak kena masa untuk anak-anak balik sekolah. Penting untuk sediakan perancangan awal. Mama kena aturkan jadual kerja harian dan jadual perjalanan mengambil anak-anak. Mama ambil masa seminggu-dua untuk biasakan dengan jadual baharu dan lepas tu mama akan sesuaikan dengan keadaan semasa.

Kita pernah melalui situasi begini sebelum ini selama 6 tahun, untuk yang kali ini Insyaa Allah lebih baik perancangannya. 

Saya akan teruskan kerja freelance pelukis pelan dan dalam masa yang sama asah semula skil menjahit yang ada. Insyaa Allah, ada rezeki anak-anak yang penting kita kena rajin berusaha.

Rosilawati Wahid
0123013341
Kedai Mesin Jahit Online


Post a Comment

0 Comments