R I N D U

Teks : Rosilawati Wahid
Foto :

12022019
Selasa
.
R I N D U
.
Tarikh ini 5 tahun lalu emak sangat sakit. Sakit yang tiada ubat. Hanya bergantung kepada morfin. Tiada ikhtiar lain melainkan memberi emak keselesaan semaksima mungkin.
.
Ditempatkan di wad rehabilitasi Hospital Besar Ipoh. Anna Rohana menjadi peneman setia. 
.
Saya? Ketika ini baharu 2 bulan selepas melahirkan Arsyad. Dalam masa yang sama bekerja dari rumah mengendalikan satu projek. Tidak berada di sisi emak ketika itu membuatkan Saya sesal hingga kini. Rasa terbuku di hati.
.
Sembilan hari selepas tarikh ini emak kembali ke negari abadi. Tiada lagi suara emak terdengar di corong telinga. Hanya sesekali emak hadir dalam mimpi. Buat pengibut rindu di hati.


Related image

Al-Fatihah buat emak,
Hajjah Azizah binti Haji Ismail

Post a Comment

0 Comments