Looking For Anything Specific?

Header Ads

Sakit Lutut

SAKIT LUTUT


Macam kelakar je bunyinya.

"Muda-muda dah sakit lutut?."

Aduh. Sedih.

Sejak awal pkp tiba-tiba je tak boleh nak berjalan dengan sempurna. Lutut rasa ngilu. Kena berpaut pada sesuatu bila hendak berjalan. Siksa sangat.

Sedarlah umur dah banyak, satu-satu nikmat Allah ambil semula. Syukurlah semasa sihat, lebih bersyukur ketika diberikan ujian sakit. Hampir 2 bulan terpaksa solat duduk di kerusi. Nak berjalan apatah lagi. Mujur juga pkp, tak perlu menyupir anak-anak sekolah.

Mula-mula cuba juga urutan dan juga senaman ringan. Memang langsung tak jalan. Akhirnya mengalah setelah 2 bulan barulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kepakaran. Doktor bekalkan ubat-ubatan mengikut keperluan. Alhamdulillah dengan izinNya, lutut dah semakin sihat. Boleh dah solat macam biasa.

Menurut kata doktor yang merawat, gel lutut dah semakin berkurang. Boleh berlaku dari seawal usia 35 tahun. Faktor berat badan dan aktiviti harian juga mempengaruhi pengurangan gel tersebut.

Maka kenalah kawal pengambilan makanan untuk kurangkan berat badan dan lakukan senaman demi menjaga kesihatan. Insyaa Allah, Aamiin.

Take care peeps.

Post a Comment

0 Comments