Panduan Memilih Mesin Jahit

Entri 17 : Panduan Memilih Mesin Jahit

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga semuanya berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah hendaknya.

Baiklah. Sheila mendapat pertanyaan di ruangan mesej bertanyakan mengenai mesin yang sesuai untuk dibeli. Sheila cuba menjawabnya, Insyaa Allah.

Semak samada beli mesin hanya sekadar hobi yang akan menggunakannya sekali-sekala atau akan menggunakannya untuk jangkamasa panjang sehingga boleh menjana pendapatan dengan mengambil tempahan jahitan pakaian dan sebagainya.

Tentukan berapa bajet untuk membeli mesin jahit pertama anda. Ini diukur daripada kegunaan dan juga sejauh mana anda akan pergi di dalam dunia jahitan. Ini kerana dunia jahitan ini terlalu luas untuk diteroka. Bukan sekadar jahitan pakaian tetapi ianya mencakupi bidang sulaman, jahitan kreatif, jahitan pukal, pakaian kanak-kanak dan sebagainya. Kita haruslah mengenal pasti satu bidang yang kita minat.

 

Pengalaman sendiri membeli mesin jahit pertama.

Melalui pengalaman sendiri, Sheila mula menceburkan diri dalam bidang jahitan seawal usia 17 tahun lagi dan ianya adalah jahitan pakaian. Tetapi pada tahun 2005 Sheila dapati bahawa minat Sheila ini lebih cenderung kepada jahitan kreatif terutama dalam pembuatan baju kanak-kanak iaitu gaun smocking. Jadi Sheila Sheila perlukan mesin yang boleh digunakan untuk satu jangkamasa yang lama tanpa perlu membeli mesin tambahan yang lain. Selain daripada itu, Sheila juga membeli sebuah mesin jahit tepi sebagai pelengkap kerana Sheila boleh menjahit bila-bila masa sahaja tanpa perlu ke kedai untuk menjahit tepi.

Pada tahun 2006 Sheila menambah minat dalam bidang sulaman. Jadi pada tahun 2006 Sheila menambah koleksi mesin dengan membeli mesin sulaman berkomputer dan pada tahun 2010 Sheila membeli perisian komputer sebagai pelengkap kepada mesin sulam. Pada tahun itu juga Sheila mendalami ilmu ‘digitizing’ bagi membolehkan Sheila menukarkan sebarang imej kepada fail sulaman.

Beberapa pilihan untuk anda.

1. Jika anda ingin menjahit pakaian atau jahit tudung, bolehlah membeli mesin jahit dan mesin jahit tepi. Jika tidak punya bajet untuk membeli mesin jahit tepi, bolehlah sekadar memiliki mesin jahit dan untuk jahit tepi boleh upah orang lain untuk melakukannya untuk anda. Mesin jahit tepi 3034D mampu melakukan tugas untuk jahit tepi biasa dan juga jahit tepi halus untuk jahitan tepi tudung.

NV55P 3034D

NV55P dan 3034D

2. Jika anda lebih minat kepada seni jahitan kreatif seperti sulam cantum (patchwork), sulam tampal (applique) atau menjahit bag dan ‘baby quilt’, cukup sekadar mesin jahit sahaja sebab kebanyakan projek di atas tidak memerlukan mesin jahit tepi. Mesin jahit NV55P ini boleh ditambah dengan meja penyambung bagi memudahkan kita menjahit artikel yang lebih besar seperti ‘baby quilt’ dengan lebih mudah dan selesa.

NV55P

3. Jika anda ingin menyulam, anda perlukan sebuah mesin sulam berkomputer. Ada beberapa pilihan juga samada ianya sekadar hobi atau anda benar-benar serius dalam bidang sulaman ini. Mesin sulam paling asas adalah Innov-Is 980D/980K yang berharga dibawah RM3,000.00. Pilihan seterusnya untuk yang ingin lebih serius dalam bidang sulaman adalah model NV750E dan harganya bermula sekitar RM6,000.

Innov-Is 980K

Innov-Is 750E

 

Innov-Is – 1500D

Innov-Is – V3

Pada asasnya cadangan di atas adalah sebagai rujukan dan panduan sahaja. Individu berbeza memerlukan mesin jahit yang berbeza mengikut keperluan masing-masing. Ianya saranan untuk anda yang mempunyai bajet sekitar RM1,500 dan mesin ini boleh digunakan untuk satu tempoh yang agak panjang. Maksudnya beli sekali dan terus puas hati.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri. Salam hormat daripada Sheila.

Rosilawati Wahid,
012.301.3341

Post a Comment

0 Comments