Entri 18 : Forest Friend Baby Quilt
Teks : Rosilawati WahidFoto : Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera Yong ucapkan buat semua.
Hari ini tukar panggilan lagi. Sebelum ini saya, kemudian Sheila tapi rasanya panggilan Yong agak lebih mesra. Sepupu dan adik-beradik semua panggil Yong atau Kak Yong. Tapi terpulang kepada kalian selesa nak panggil yang mana satu, Sheila, Yong atau Kak Yong.
Hari ini tadi Yong pergi ke Pusat Kraftangan Epal yang terletak di Bandar Puteri Puchong. Sejak sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sana, hari ini semangat menjahit dan berkarya datang kembali. Alhamdulillah.
Lama dulu, Yong pernah beli panel seperti corak di bawah ini. Sebabnya comel. Masa beli belum ada projek tertentu lagi. Cuma macam biasa beli dulu kemudian baru fikir nak buat apa. Quilt panel ini daripada jenis kain flannel. Sangat lembut dan sesuai sangat untuk dijadikan selimut atau comforter bayi. Yong ingat macam hendak dijadikan selimut untuk Encik Ahmad nanti.
Foto di atas adalah rupa asal panel quilt. Ukurannya adalah sekitar 23 inci lebar.
Yang ini pula jika ditambah dengan “border” di kiri dan kanan akan menghasilkan panel quilt yang lebih lebar iaitu 32"x50".
Untuk menjadikannya selimut, bahagian belakang bolehlah dilapiskan dengan fabrik “minky” atau kain kapas yang bercorak. Manakala jika ingin menjadikan ianya “comforter” maka bahagian tengah perlu dilapisi fiber yang disebut “batting”. Ketebalan panel ini adalah bergantung kepada ketebalan “batting”. Ada yang 1/2 inci, manakala kebanyakan suka menggunakan ketebalan 1 inci bagi membolehkan panel dijadikan alas tidur.
Panel quilt seperti ini sangat mudah digunakan terutama bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia seni jahitan kreatif. Anda hanya perlu ada panel untuk bahagian atas, “batting” untuk lapisan tengah dan kain bagi lapisan belakang. Sebuah mesin jahit serta alat jahitan seperti gunting, kapur surih, jarum, benang dan pembaris untuk menyiapkan sehelai quilt bayi.
Itu sahaja catatan untuk hari ini. Sehingga berjumpa lagi di lain ketika.
Salam hormat dan salam ceria daripada :
Rosilawati Wahid
012.301.3341
Rosilawati Wahid
012.301.3341
0 Comments