Entri # 25 : Seni Jahitan Smocking
Teks : Rosilawati WahidFoto : Rosilawati Wahid
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seni jahitan smocking adalah seni jahitan yang halus buatannya. Yong mula-mula diperkenalkan dan jatuh cinta dengan seni jahitan smocking ini sekitar tahun 2003 semasa anak sulung berusia 5 tahun.
Bila ada anak perempuan, keterujaan untuk menghasilkan baju yang cantik-cantik sangat tinggi. Semua pun kalau boleh hendak dihasilkan sendiri. Baju smocking yang dijual di pasaran pun agak mahal harganya. Jadi atas alasan itulah juga Yong berusaha untuk belajar menjahit baju smocking untuk anak-anak.
Berikut adalah antara koleksi baju smocking yang Yong jahit untuk anak-anak. Buat pengetahuan semua, baju-baju ini masih elok lagi dan kualitinya masih cantik dan masih boleh dipakai lagi. Nak diperturunkan kepada cucu pun boleh juga agaknya nanti.
Lama sudah Yong tidak menjahit baju smocking untuk anak-anak. Kekangan masa dengan tugasan seharian. Insyaa Allah Yong akan berkongsi ilmu yang ada berkaitan seni jahitan smocking ini agar ilmu yang ada dapat dimanfaatkan oleh orang lain juga. Insyaa Allah, doakan ya.
Sehingga berjumpa lagi di lain ketika,
Salam hormat dan salam ceria,
Rosilawati Wahid,
012 3013341
MyMesinJahit
0 Comments