Looking For Anything Specific?

Header Ads

RESEPI | MUFFIN COKLAT

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Tak tahu nak masak apa untuk sarapan. Mula-mula nak masak penkek tapi tukar plan saat melangkah ke dapur. Maka terjadilah muffin coklat.

Harini saya cuba resepi dari 
Buat Orang Lapo
. Coklat chip tak ada jadi digantikan dengan kismis. Mula ingat nak masukkan walnut tapi tak jadi sebab nak guna untuk buat walnut bread walau tak tahu lagi bila nak membuatnya.

Sebelum ni saya pernah mencuba beberapa resepi lain. Apa yang saya dapat simpulkan, resepi dari Buat Orang Lapo ni adalah yang terbaik hasilnya. Tekstur yang gebu dan kurang manis sesuai dengan tekak saya. Kalian cubalah ya.

Tips membuat muffin jangan gaul lama-lama, nanti muffin jadi liat. Cukup sekadar digaul rata sahaja.

Bahan A
1 cawan /250ml susu segar atau full cream <-- bila guna 250ml adunan sedikit cair
2 sudu besar jus lemon/cuka
¾ cawan / 170g gula kastor (**tambah lagi ¼ cawan gula kastor atau 55g untuk yang suka manis) <-- saya gantikan dengan gula perang
½ cawan /120g minyak jagung
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
2 cawan / 250g tepung gandum
½ cawan / 50g serbuk koko
1 ½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil baking powder
¼ sudu kecil garam
1 cawan /170g coklat cip (untuk adunan)
1 cawan /170g coklat cip (untuk hiasan)

Cara cara:
Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk)
Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi. Gaul rata.
Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai haisan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Resepi kredit kepada #buatoranglapo



Post a Comment

0 Comments