Looking For Anything Specific?

Header Ads

Ini Kisah Amni - Cyst Gusi | Operation Buang Gigi Taring Atas

.
Hari ni operation mengeluarkan gigi taring Amni. Patient pertama jadi perlu register seawal jam 7 pagi. Malam tadi dah puasa mula dari pukul 11 malam.
.
Pagi ni masak karipap dan bihun goreng untuk anak-anak yang tinggal. Walaupun cik suami kata jangan risau dia boleh urus anak-anak tapi still lah juga proceed dengan apa yang dah plan.
.
Sampai di hospital terus je register di wad kecemasan. Lepas tu naik ke tingkat 1 bahagian daycare. Ambil tekanan darah dan sebagainya salin baju ot dan tunggu di katil. 7.30am dah siap-siap dah.

.
Kemudian doktor bius datang terangkan prosedur, komplikasi dan tandatangan borang. Tak lama lepas tu datang pula doktor dari klinik bedah mulut terangkan prosedur, komplikasi dan seterusnya tandatangan borang. Walau hanya pembedahan kecil tapi dalam kes Amni dia perlu ditidurkan.
.
Tepat pukul 8am nurse dah tolak masuk ke bilik pembedahan. Laju betul nurse tu berjalan, kita ni yang dah biasa jalan selow terpaksa le folo. Alhamdulillah lutut bagi kerjasama.



.Operation mungkin mengambil masa 2 jam. Kemudian tunggu recovery. Insyaa Allah jika tiada sebarang masalah selepas tengahari dah boleh balik. Doakan ya.
.
Lepas operation kena monitor perkembangan. Jika ada komplikasi selepas pembedahan (mudah-mudahan semuanya baik-baik je). Biasa lah doktor mesti akan bagitahu segala kemungkinan susulan daripada pembedahan. Tak nak dengar pun mesti kena dengar juga.
.
Dapat iring Amni dari daycare ke ruang luar ot je sebelum diserahkan kepada tim bilik bedah. Lepas tu mama, silalah tunggu di luar 😔. Tak dapat nak hantar sampai ke dalam dewan bedah macam tahun 2017 dulu tu.
.
Rosilawati Wahid

Post a Comment

0 Comments