Diploma TESL di KPTM

Diploma TESL di KPTM 

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Google


Minggu lepas selepas ambil Adini dari sekolah, kami menulusuri jalan menghala ke Kuala Lumpur. Lokasi yang dituju KUPTM - Kolej Poly Tech Mara. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa kesesakan lalulintas. Laluan yang sangat asing buat saya.

Sampai di KUPTM, mengambil petak parkir berhampiran pintu masuk kampus. Rupanya saya telah masuk melalui pos kawalan dua dan parkir di pos kawalan tiga, perlu mendaftar dan mendapatkan pas pelawat di pos kawalan satu. Adini yang menguruskan pendaftaran.

Selesai mendaftar, kami ke tingkat dua untuk ke unit kemasukan pelajar. Berjumpa dengan pegawai bertugas. Penjelasan terperinci diberikan.

Syarat asas :

Minima 5 kredit (walaupun di dalam laman sesawang dinyatakan 3 kredit)
Bahasa Inggeris : A- (minima)
Tempoh pengajian : 3 tahun (6 semester)
Kampus : Kuantan, Pahang/Semporna, Sabah
Yuran : RM24,000.00

Boleh memohon pinjaman MARA atau PTPTN. Jika sekiranya siswa/siswi mendapat keputusan yang baik, mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara yang ditaja oleh pihak MARA.

Yuran kemasukan yang perlu disediakan pada peringkat awal pendaftaran adalah kira-kira RM1,500.00. Selepas menamatkan pengajian di peringkat diploma, pelajar boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di IPTA atau IPTS.

Selain daripada itu, MARA juga akan menganjurkan karnival pendidikan di Menara MARA Kuala Lumpur. Calon siswa/siswi digalakkan untuk pergi dengan membawa bersama salinan sijil dan keputusan kerana pada hari tersebut akan ada pameran daripada pelbagai IPTA/IPTS di Malaysia.
Diploma TESL di KPTM

0 comment... add one now