Looking For Anything Specific?

Header Ads

Busy Book, Fabric Book Dalam Pembikinan


Busy Book, Fabric Book Dalam Pembikinan

Teks & foto : Rosilawati Wahid

Saya tidak jumpa perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah busy book dan fabric book. Jadi rasanya ianya akan dikekalkan sebagai busy book, quiet book dan fabric book.



Hari ini menyambung kerja semalam, menjahit fabric book. Tutorial jahitan sedang dalam proses pembikinan juga. Nanti saya kongsikan juga proses langkah-demi-langkah menjahit busy book ini.

Terus terang saya merasakan menjahit busy book adalah sesuatu yang menggembirakan. Terapi minda. Kalau sedang runsing menjahit busy book boleh hilang masalah. Sambil menjahit boleh berzikir.

Busy book, buku aktiviti untuk anak-anak yang penuh dengan aktiviti meransang kemahiran motor halus. Anak-anak akan lebih fokus melalui latihan demi latihan yang terdapat di dalam busy book.

Post a Comment

0 Comments