Looking For Anything Specific?

Header Ads

Puchong - Melaka - Sungai Buluh

Puchong - Melaka - Sungai Buluh

Entri 72
Teks : Rosilawati Wahid
Foto :

Hari ini agendanya menghantar Adini balik ke Melaka selepas cuti seminggu. Selepas ini bulan Mac baru balik. Khabarnya 3/3/2016 keputusan SPM bakal diumumkan. Semoga mendapat keputusan cemerlang.

Seperti biasa sebelum menghantar balik kami akan singgah di Mydin Ayer Keroh untuk membeli barang keperluan Adini terutamanya bekalan makanan. Nak jimat perlu masak sendiri. 

Ketagih dengan alattulis, saya menambah koleksi pen "brush tip" ini untuk buat latihan "brush lettering". Sebelum ini saya sudah memiliki empat warna asas, kali ini menambah empat warna lagi. Selain daripada jenama Sharpie, saya juga memiliki beberapa "brush pen" yang dibeli di Daiso dan juga daripada jenama Tombow.

Beza setiap pen adalah pada berusnya. Juga terletak kepada cara seseorang menggunakan pen tersebut. Jadi pada saya yang penting adalah latihan yang berterusan untuk mendapatkan hasil yang diingini. Namun begitu tidak salah jika kita mencipta tulisan kita sendiri, ianya adalah sesuatu yang unik.



Keluar dari Mydin ada banyak meja promosi barangan. Ada satu meja ini yang menarik perhatian iaitu meja untuk pemeriksaan mata. Bukan yang biasa-biasa tetapi nak tengok paras glukoma dan juga katarak. Daripada penilaian bacaan yang diperolehi glukoma tak dapat baca (mungkin sebab dah pakai cermin mata terlalu lama) dan katarak pada paras 4-5, iaitu pada paras permulaan pembentukan. Katarak adalah atas faktor usia. 


Saya dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan mata secara menyeluruh di hospital pakar mata. Pemeriksaan kesihatan menyeluruh pun kali terakhir buat pada tahun 2014. Kena ulang semula sebab masa pemeriksaan dahulu tu ada ketulan sebesar 7mm di bahagian kanan dada.

Balik dari Melaka terus sahaja ke Sungai Buluh melawat Al-Amin. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Alhamdulillah Amin sihat. Lepas rindu jumpa anak bujang yang seorang itu. Lepas ni bulan Mac baru cuti.

Semoga anak-anak semua berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehan.

Post a Comment

0 Comments