Looking For Anything Specific?

Header Ads

Mesyuarat Agung PIBG SRA 2016

Mesyuarat Agung PIBG SRA 2016

Entri : 71
Teks : Rosilawati Wahid 
Foto :

Bismillah, 

Hari ini buat pertama kalinya saya menghadiri mesyuarat agung PIBG. Walaupun anak yang sulung sudah meninggalkan alam persekolahan. Sebelum ini ada sahaja halangan terutama anak-anak yang tiada pengasuh. Hari ini Muaz ditinggalkan bersama kakak-kakak dan abang-abang di rumah. 

Sebelum meninggalkan Muaz dalam jagaan kakak, harus bagi kenyang dulu. Saya keluar agak lewat sekitar 8.45 pagi. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi. Jadi tidaklah lama sangat saya meninggalkan Muaz. Muaz tidak betah menyusu melalui botol susu. Perancangan masa sangat penting. Biasanya saya akan pastikan pulang sebelum sesi penyusuan berikutnya.

Sekitar mesyuarat agung hari ini, SRA memerlukan satu blok bangunan memandangkan murid yang ada terlalu ramai dan bilangan kelas tidak mencukupi. Dalam sebuah kelas menempatkan purata 40 orang murid-murid dan setiap darjah sekurang-kurangnya ada 5-6 buah kelas. Sangat ramai. SRA juga memerlukan sebuah surau beserta dewan memandangkan sekarang mereka menggunakan bilik darjah untuk dijadikan surau sementara manakala dewan sekolah memang tiada. 

Di dalam mesyuarat tadi juga dilakukan pembubaran AJK 2014-2016 dan perlantikan baru dilakukan. AJK lama masih dikekalkan dan ada seorang dua wajah baru yang dilantik menggantikan AJK lama yang berpindah. 

Secara keseluruhan perjalanan majlis adalah lancar dan mesyuarat agung PIBG SRA ditangguhkan ke tahun 2017. 


Post a Comment

0 Comments