Syafaat Al-Quran Untuk Kedua Ibu Bapa - Blog Sulaman, Jahitan kreatif, Keluarga, Travelog & Resipi

24 Jun 2016

Syafaat Al-Quran Untuk Kedua Ibu Bapa

87 | Syafaat Al-Quran Untuk Kedua IbuBapa

Teks : Tok baba z Khan:
:
Syafaat Al-Quran Untuk Kedua Ibu Bapa

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، قَالَ: أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَعَلُّمِ الْقُرْآنِ، وَحَثَّنَا عَلَيْهِ وَقَالَ:"إِنَّ الْقُرْآنَ يَأْتِي أَهْلَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحْوَجَ مَا كَانُوا إِلَيْهِ، فَيَقُولُ لِلْمُسْلِمِ: أَتَعْرِفُنِي؟ فَيَقُولُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَيَقُولُ؟ مَنْ أَنْتَ؟ فَيَقُولُ: أَنَا الَّذِي كُنْتَ تُحِبُّ، وَتَكْرَهُ أَنْ يُفَارِقَكَ الَّذِي كَانَ يَسْحَبُكَ وَيُدْنِيكَ، فَيَقُولُ: لَعَلَكَ الْقُرْآنُ، فَيُقْدَمُ بِهِ إِلَى رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَيُعْطَى الْمُلْكَ بِيَمِينِهِ وَالْخُلْدَ بِشِمَالِهِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ السَّكِينَةُ، وَيُنْشَرُ عَلَى أَبَوَيْهِ خَلَّتَانِ لا يَقُومُ لَهُمْا الدُّنْيَا أَضْعَافًا، فَيَقُولانِ: لأَيِّ شَيْءٍ كُسِينَا هَذِهِ، وَلَمْ يَبْلُغْهُ أَعْمَالُنَا؟ فَيَقُولُ: هَذَا بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ".

Dari Abi Umamah katanya, Rasulullah SAW telah memeritahkan kami agar mempelajari al-Quran.  “Belajarlah kamu al-Quran, ia kelak di hari kiamat akan datang pada ahlinya ketika sangat berhajat kepadanya. Maka ia datang dalam bentuk yang seindah-indahnya, lalu bertanya: kenalkah engkau kepadaku? Maka dijawab: Siapakah engkau?.Akulah yang kamu cinta dan kamu sanjung, bahkan kamu telah bangun malam untukku, dan biasa membacaku di siang hari. Lalu ia berkata: Mungkin engkau al-Quran?. Kemudian menuntun orang tersebut mengadap kepada Allah, lalu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kiri, dan dipasang mahkota di atas kepalanya dan kedua ayah bondanya yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda. Maka keduanya bertanya: Dari manakah kamu mendapatkan ini? Padahal amal kami tidak sampai ke sini. Lalu dijawab: Ini kamu dapat kerana anakmu telah mempelajari al-Quran maka kamu berdua diberi ini”  (HR Tabrani No: 4408)

Pengajaran:

1.  Mempelajari al-Quran adalah suatu tuntutan kepada setiap Muslim.

2.  Al-Quran pada hari kiamat akan datang dalam bentuk yang indah kepada orang yang "ahli" al-Quran (semasa hidup sentiasa mendampingi – membaca, memahami dan menjadikan petunjuk). Membacanya siang dan malam.

3.  Pembaca al-Quran akan memperolehi syafaat daripada al-Quran

4.  Ibubapa pembaca al-Quran juga akan mendapat syafaat antaranya diberi perhiasan mahkota di atas kepalanya yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda.

Ayuh kita mempelajari, membaca, memahami dan menghayati serta beramal dengan al-Quran agar menjadi syafaat buat kita dan kedua ibubapa.

"Sharing is Blessing".

23hb Jun 2016
18 Ramadhan 1437H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan