Biodata Pak Yusof Gajah - Pelukis Dan Penulis Buku Bergambar Kanak-kanak

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Google


Nama penuh Pak Yusof Gajah ialah Mohd Yusof Ismail. Dilahirkan pada 10 Februari 1954 di Johol Negeri Sembilan. Beliau adalah seorang pelukis 'naive art' yang menggunakan gajah sebagai elemen utama. Dari situlah beliau mendapat nama gelaran sebagai Yusof Gajah.

Pak Yusof mula meminati bidang seni pada usia 6 tahun. Pendedahan awal dalam bidang ini diperolehi ketika beliau menetap di Singapura antara tahun 1965 - 1969. Pada tahun 1972 - 1974, beliau mendaftar sebagai pelajar seni halus di Sekolah Seni Indonesia, Jogjakarta. Seterusnya melanjutkan pengajian di Akademi Seni Rupa Indonesia, Jogjakarta pada tahun 1975.

Pada tahun 1976, beliau aktif mengajar melukis kepada kanak-kanak di Muzium Negara dan di Pustaka Bimbingan Kanak-kanak sehingga tertubuhnya kumpulan Boneka Pustaka Bimbingan bersama pustakawan, puan Alimah Salam. Baca cerita tentang pembabitan awal pak Yusof di sini.

Antara karya yang dihasilkan oleh Pak Yusof Gajah.





Lebih banyak info mengenai pak Yusof Gajah boleh didapat di

https://www.facebook.com/yusof.gajah.7
http://yusofgajah.blogspot.my/



0 comment... add one now