Looking For Anything Specific?

Header Ads

Petua : Isteri Sentiasa Perawan

Entri 4 - Petua : Isteri Sentiasa Perawan


Teks : Rosilawati Wahid 
Foto : 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sheila dapat petua ni dari perkongsian rakan-rakan di whassap group. Haruslah Sheila kongsikan terutama untuk kegunaan para isteri sekalian.. agar rumahtangga kalian sentiasa harmoni aman damai.


PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa menjadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:

Lepas solat Isya’, 
ambil air segelas, 
baca Al-Fatihah sekali, 
Ayatul Qursi sekali dan 
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. 
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Allah jadikan kita wanita sebagai insan yang cukup istimewa. Mampu melakukan pelbagai tugas, sebagai isteri, sebagai ibu, mampu menanggung kesakitan sewaktu bersalin. Hargailah diri kita setiap waktu. 

Semoga petua di atas dapat memberikan manfaat buat semua.

Salam ceria,

Usahawan online
Rosilawati Wahid

Post a Comment

0 Comments