Looking For Anything Specific?

Header Ads

Spotlight The Mines

Entri 12 : Spotlight The Mines

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid / Spotlight Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga semuanya berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT hendaknya.

Hari Ahad Sheila berkesempatan berkunjung ke Spotlight The Mines sempena pembukaan cawangan terbaharunya. 

Spotlingt terletak di tingkat 4 kompleks beli-belah The Mines. Tidak susah untuk menjejakinya, terdapat banyak papan tanda penunjuk arah. Spotlight ini asalnya dari Australia. Cawangan The Mines adalah cawangan yang ketiga selepas cawangan Ampang dan Ikano Pwer Center (IPC).


Sebagai seorang yang terlibat di dalam bidang jahitan dan kraf, promosi pembukaan adalah sangat dinanti-nantikan. Potongan harga sehingga 50% untuk barangan terpilih termasuk fabrik tidak harus dilepaskan terutamanya fabrik 100% kapas. Sheila banyak menggunakan fabrik kapas terutamanya dalam pembuatan gaun smocking serta barangan bayi.

Anda boleh juga mendaftar sebagai VIP club member dan mendapat keistimewaan sebagai ahli seperti harga yang lebih murah daripada harga untuk bukan VIP. Bila mendaftar anda akan mendapat kad keahlian.



Sempena pembukaan mereka juga memberikan maskot Spotlight yang comel kepada pengunjung. Tapi yang ini sementara stok masih ada.



Sheila beli washi tape dengan stamp jernih untuk projek ‘planner’.




Boleh tengok online katalog di www.spotlight.com.my. Macam-macam ada di sana.

Hingga jumpa lagi. 

Salam hormat daripada
Rosilawati Wahid
Jurnal Usahawan Online

Post a Comment

0 Comments