Resepi Tiramisu Mudah


Entri #22 : Resepi Tiramisu Mudah

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berhujung minggu Yong ucapkan. Hari ini ada perjumpaan dengan rakan-rakan penjahit, jadi Yong buatkanlah tiramisu sebagai buah tangan.

Tiramisu ini cukup mudah hendak membuatnya. Tidak perlu dibakar di dalam ketukar. Diaduk - susun - simpan dalam peti sejuk - sedia untuk dimakan.

Sebuah mixer diperlukan bagi meringankan tugas memutar bahan-bahan sehingga kembang. Boleh juga menggunakan senduk kayu atau pemutar manual, tapi Yong tidak mampu memutar senduk sehingga semua krim kembang. 


BAHAN A
Biskut Lady Finger
(Boleh digantikan dengan kek span atau biskut merrie)
BAHAN B
Sesudu kopi segera / kopi / milo / mocca
dilarutkan di dalam air a
nggaran 2 cawan

BAHAN C
250ml whipping cream
250g cream cheese
1/2 cawan gula castor

BAHAN D
Serbuk koko (untuk ditabur)
 
Langkah demi langkah

BAHAN A : CREAM CHEESE + GULA CASTOR + WHIPPING CREAM


BAHAN A DIPUTAR SEHINGGA KEMBANG (GEBU)


BAHAN B  LARUTAN SERBUK KOPI SEGERA


LANGKAH 1 :
BISKUT LADY FINGER DICELUP DI DALAM LARUTAN KOPI


LANGKAH 2 :
SUSUNKAN BISKUT KE DALAM BEKAS


LANGKAH 3 :
LAPISKAN DENGAN ADUNAN KRIM


LAPISAN KRIM


LANGKAH 4 :
TABURKAN DENGAN SERBUK KOKO

Ulang langkah 1 hingga 4 sehingga selesai. Seterusnya masukkan ke dalam peti ais selama 3-4 jam biar sebati semua rasa kemudian bolehlah dimakan.

Selamat mencuba,

Rosilawati Wahid
0123013341
MyMesinJahit

0 comment... add one now