Looking For Anything Specific?

Header Ads

Set Sarung Tilam Dan Bantal Bayi

Entri #24 : Set Sarung Tilam Dan Bantal Bayi

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan Al-Mubarak diucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Kita telah pun memasuki fasa kedua Ramdhan. Semoga amalan kalian diterima Allah.

Hari ini Yong ambil cuti dari tugasan hakiki, meluangkan masa untuk menjahit sarung bantal dan tilam untuk putera si buah hati. Kain dari koleksi peribadi yang dibeli dari Ikea Malaysia dan juga Kamdar. Lama benar tersimpan di dalam almari, hari ini terhasillah sarung tilam dan sarung bantal menggunakan teknik sulam cantum. 

Saiz tilam bayi : 30 inci x 36 inci
Saiz bantal bayi : 10 inci x 16 inci





Pada bahagian cantuman bantal Yong perkemaskan dengan renda pucuk rebung. Juga dari koleksi peribadi. Tak ingat beli di mana. Saiz renda di kecil sahaja, sekitar 1/2 inci tingginya. Seminima mungkin. Sesuai untuk putera si jantung hati.



Bahagian belakang Yong guna butang plastik sahaja. Mudah dan cepat kerjanya. Nanti Yong kongsikan alat untuk memasang butang plastik ini di entri yang lain pula.

Sebenarnya sekarang Yong di dalam proses untuk mengurangkan koleksi kain yang lama benar tersimpan. Bila kurang bolehlah menampah koleksi yang baharu pula.

Penyakit tukang jahit agaknya, sayang hendak memotong kain. Rela disimpan dan diulit-ulit sahaja kemudian simpan kembali di dalam almari untuk buat tatapan di lain hari.
Baiklah, sehingga berjumpa di lain entri.

Salam mesra,
Rosilawati Wahid
012 3013341
MyMesinJahit

Post a Comment

0 Comments