Looking For Anything Specific?

Header Ads

Jahit Berjemaah Beg Cabrio

Teks & Foto : Rosilawati Wahid

Pengaruh rakan tidak sebaya di dalam sosial Facebook membakar semangat menjahit beg Cabrio Tote ini. Menjahit beg bukanlah bidang kemahiran saya, tapi asasnya sama iaitu jahitan.

Di sebabkan dalam masa yang sama ada projek lain pun, jadi beg Cabrio ini dijahit secara berperingkat.

Ianya terbahagi kepada beberapa bahagian kerja iaitu

Langkah 1 : Mengumpulkan fabrik yang akan digunakan
Langkah 2 : Memotong bahagian-bahagian yang akan digunakan
Langkah 3 - 6 : Siapkan bahagian luar beg dan juga tali
Langkah 7 - 8 : Siap cantum bahagian luar dan juga poket
Langkah 9 - 11 : Jahit magnet dan siap jahit pelapik bahagian dalam
Langkah 12 - 14 : Siap jahit beg Cabrio

Kumpulkan fabrik yang hendak digunakan.
Antara fabrik yang digunakan.

Template yang digunakan untuk beg Cabrio

Tiga bahagian utama beg Cabrio

Seterusnya bila dah gunting fabrik mengikut bahagian-bahagian yang digunakan, kain gam juga perlu digunting mengikut bahagian-bahagian kain tadi. 

Menggunakan seterika panas, lekatkan kain gam kepada fabrik mengikut bahagian-bahagiannya. Ini adalah persediaan sebelum bahagian-bahagian tersebut dicantum bersama.

Post a Comment

0 Comments