Looking For Anything Specific?

Header Ads

Jahitan Kreatif - Kusyen Hiasan

Entri 16 : Jahitan Kreatif - Kusyen Hiasan

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid / https://www.facebook.com/imakecraft
25 April 2015
Sheila sekeluarga memenuhi jemputan kenduri perkahwinan di Ipoh. Kenduri anak saudara dan juga sepupu berlangsung serentak.
Kami mengambil peluang untuk mengambil gambar di pelamin. Kreatif sungguh pelamin di zaman ini berbanding 18 tahun yang lalu. Dengan beberapa ‘props’ seperti tulisan pada kusyen menambahkan lagi seri pelamin.
Kusyen kini bukan sekadar bantal hiasan di ruang tamu, ianya juga boleh dijadikan hadiah buat kenalan dengan di sulam dengan kata-kata semangat. Ianya lebih bermakna dan akan dikenang sepanjang masa.
Kebiasaannya, jika ingin mendapatkan kusyen seperti ini kita bolehlah menempah melalui kedai jahit yang menyediakan khidmat ‘custom pillow’ atau membuat carian di laman Google dan mencari kata kunci ‘customized pillowcase’.
Jika anda seorang yang kreatif, sarung kusyen begini boleh dijahit sendiri dengan menggunakan fabrik felt untuk membentuk tulisan.
Jika kalian ingin menempah kusyen sebegini Sheila syorkan untuk menghubungi rakan Sheila iaitu IMakeCraft. Berikut adalah contoh hasil jahitan yang dihasilkan oleh beliau.
Cantik dan kreatif sangat. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi ilham dan juga manfaat buat kalian semua.
Salam hormat buat semua.

Rosilawati Wahid,
012.301.3341

Post a Comment

0 Comments